Dashboard


Hi! welcome to my blog. feel free to navigate around. ๐Ÿ‘
Saya kembali! :)
Friday, January 10, 2014 โ€ข 1:00 AM โ€ข 0 comment[s]
 Assalammualaikum semua. Semua sihat? Alhamdulillah :) Ya Allah lamanya Lysa tinggalkan dunia blogger. Last post Lysa 27 July 2013. Berapa lama tu Lysa tinggal. Hihi biasalah tahun lepas Lysa SPM kan. So focus untuk exam je. Alhamdulillah Lysa dapat berblogging lagi untuk malam ni. Sebenarnya Lysa bosan malam ni. Terdetik pulak hati ni nak bloggingkan. Hee so Lysa teruskanlah. 

Malam ni semua mesti tahu pasal Mimbar Akhir Pencetus Ummah kan. Sebelum tu tahniah Lysa ucapkan kepada PU Hafiz kerana telah menjadi juara Pencetus Ummah :) Tahniah jugak untuk semua PU. Juara tu semua tak penting tapi ilmu yang kita belajar tu penting. Jujur Lysa cakap bila Lysa tengok rancangan Oasis ni hati Lysa macam terdetik untuk berubah kepada yang lebih baik. Lysa akan cuba perlahan`2 untuk berubah. In Shaa Allah. Doakan untuk Lysa ye. Mengenangkan kisah Dr Ridhuan Tee Abdullah tadi Lysa rasa sebak. Bila kita seorang Islam tetapi ibu kita bukan seorang Islam. Allahurabbi. Perasaan yg Dr Ridhuan rasa cuma dia dan Allah je tahu bagaimana. Sampaikan ibu Lysa menangis dengar kisah Dr Ridhuan :') Lysa pasti semua pasti tersentuh dengan kisah Dr Ridhuan. Mungkin ada hikmah disebaliknya :')

Okaylah cukup untuk kisah sedih tu. Hihi :') Lysa nak tanya siapa dapat PLKN? Lysa dapat. Tapi bukan 1st intake. Antara 2nd atau 3rd intake. Tapi Lysa haraplah dapat 2nd senang sikit. Kat manalah Lysa dapatkan. Tapi tengok kawan Lysa dapat area Perak jugak. Nak luar Perak T.T Huhuh takpelah. Kita tunggu je lah macam mana nanti okay. Lysa lepas SPM ni duduk rumah je. Tak kerja pun. Hm penat dah mencari kerja. Tapi satu panggilan apa pun tk dapat. Yang jauh dah cari dekat pun dah cari. So Lysa menganggur je la kat rumah. Misi menggemukkan badan. Hihi plan nak belajar masak dengan ibu tapi bangun pun selalu lambat nak belajar apanya -.- Takpe masa banyak lagi. 3 bulan okay. Grr tak dapat bayangkan 3 bulan duduk rumah tanpa buat apa2. Okay kena terima hakikatnya. Mungkin takda rezeki Lysa nak kerja kan. Ada sesiapa nak bagi Lysa kerja? Hihi area Ipoh je okay. Janganlah jauhjauh. Lesen pun takda lagi. 

Haaa cakap pasal lesenkan, ya Allah berjanggut lysa nak tunggu lesen L kereta ni. Lama weh -.- Time Lysa jugaklah JPJ nak ubah sistem. Nak dapatkan L ni kena tunggu dalam sebulan baru dapat. Grr lama gilaaa. Sekarang ni Lysa tengah tunggu la ni. Disebabkan lambat Lysa takboleh nak kemana`2. Kereta memang dah ada je untuk Lysa kat rumah ni. Menunggu kedatangan lesen je sekarang ni. Haihh takpe sabar`2 tunggu. Tapi hari tu ada test bawak kereta untuk ceramah 6 jam tu hihi best gak bawak. Steady je xD Tapi ada la 2 kali mati enjin. Hihi lepas clutch kuat sangat. Mana lah Lysa tahuu hahah lawak je. Cuma Lysa takut bahagian clutch tu. Risau pulak huhu takpe. Baru lagi nanti okay la tuu. 

Hm okaylah banyak sangat dah ni Lysa berceloteh. Penat tangan menaip :p So hm goodluck untuk yang masuk PLKN 1st intake tu. Hihi nanti Lysa punya turn pulak ye. And selamat bekerja kepada yang bekerja. Hee selamat malam ye :) Oh lupa nanti sebelum tidur jangan lupa amalkan baca Alhamdulillah 33x , SubhanAllah 33x dan AllahuAkbar 33x :) Selamat beramal. Assalammualaikum.

ยซ Newer
Older ยป